Ahad, Ogos 19, 2012
Hari Minggu Biasa Ke-20 - Tahun B
12:00 tengahari
Misa Bahasa Malaysia
Bacaan Pertama
AMSAL 9:1-6
Ams 9:1 Hikmat telah mendirikan rumahnya, menegakkan ketujuh tiangnya,
Ams 9:2 memotong ternak sembelihannya, mencampur anggurnya, dan menyediakan hidangannya.
Ams 9:3 Pelayan-pelayan perempuan telah disuruhnya berseru-seru di atas tempat-tempat yang tinggi di kota:
Ams 9:4 "Siapa yang tak berpengalaman, singgahlah ke mari"; dan kepada yang tidak berakal budi katanya:
Ams 9:5 "Marilah, makanlah rotiku, dan minumlah anggur yang telah kucampur;
Ams 9:6 buanglah kebodohan, maka kamu akan hidup, dan ikutilah jalan pengertian."
“Demikianlah Sabda Tuhan”
MAZMUR 33:2-3, 10-15
Mzm 33:2 Bersyukurlah kepada TUHAN dengan kecapi, bermazmurlah bagi-Nya dengan gambus sepuluh tali!
Mzm 33:3 Nyanyikanlah bagi-Nya nyanyian baru; petiklah kecapi baik-baik dengan sorak-sorai!
Mzm 33:10 TUHAN menggagalkan rencana bangsa-bangsa; Ia meniadakan rancangan suku-suku bangsa;
Mzm 33:11 tetapi rencana TUHAN tetap selama-lamanya, rancangan hati-Nya turun-temurun.
Mzm 33:12 Berbahagialah bangsa, yang Allahnya ialah TUHAN, suku bangsa yang dipilih-Nya menjadi milik-Nya sendiri!
Mzm 33:13 TUHAN memandang dari sorga, Ia melihat semua anak manusia;
Mzm 33:14 dari tempat kediaman-Nya Ia menilik semua penduduk bumi.
Mzm 33:15 Dia yang membentuk hati mereka sekalian, yang memperhatikan segala pekerjaan mereka.
Bacaan Kedua
EFESUS 5:15-20
Ef 5:15 Karena itu, perhatikanlah dengan saksama, bagaimana kamu hidup, janganlah seperti orang bebal, tetapi seperti orang arif,
Ef 5:16 dan pergunakanlah waktu yang ada, karena hari-hari ini adalah jahat.
Ef 5:17 Sebab itu janganlah kamu bodoh, tetapi usahakanlah supaya kamu mengerti kehendak Tuhan.
Ef 5:18 Dan janganlah kamu mabuk oleh anggur, karena anggur menimbulkan hawa nafsu, tetapi hendaklah kamu penuh dengan Roh,
Ef 5:19 dan berkata-katalah seorang kepada yang lain dalam mazmur, kidung puji-pujian dan nyanyian rohani. Bernyanyi dan bersoraklah bagi Tuhan dengan segenap hati.
Ef 5:20 Ucaplah syukur senantiasa atas segala sesuatu dalam nama Tuhan kita Yesus Kristus kepada Allah dan Bapa kita.
“Demikianlah Sabda Tuhan”
Bacaan Injil
YOHANES 6:51-58
Yoh 6:51 Akulah roti hidup yang telah turun dari sorga. Jikalau seorang makan dari roti ini, ia akan hidup selama-lamanya, dan roti yang Kuberikan itu ialah daging-Ku, yang akan Kuberikan untuk hidup dunia."
Yoh 6:52 Orang-orang Yahudi bertengkar antara sesama mereka dan berkata: "Bagaimana Ia ini dapat memberikan daging-Nya kepada kita untuk dimakan."
Yoh 6:53 Maka kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jikalau kamu tidak makan daging Anak Manusia dan minum darah-Nya, kamu tidak mempunyai hidup di dalam dirimu.
Yoh 6:54 Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman.
Yoh 6:55 Sebab daging-Ku adalah benar-benar makanan dan darah-Ku adalah benar-benar minuman.
Yoh 6:56 Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia.
Yoh 6:57 Sama seperti Bapa yang hidup mengutus Aku dan Aku hidup oleh Bapa, demikian juga barangsiapa yang memakan Aku, akan hidup oleh Aku.
Yoh 6:58 Inilah roti yang telah turun dari sorga, bukan roti seperti yang dimakan nenek moyangmu dan mereka telah mati. Barangsiapa makan roti ini, ia akan hidup selama-lamanya."
“Demikianlah Injil Tuhan”
Berita Gereja St. Joseph:
Graceville, tempat orang-orang tua akan mengadakan jualan Kraftangan, bermacam jenis. Semua umat diharapkan dapat membantu membeli sambil menderma dengan hati yang ikhlas. Semoga Tuhan memurahkan rezaki anda. Terima kasih.
Misa untuk Pertama Jumaat devotion & adoration. Tarikh 7hb Sept. @8.00pm di St. Joseph Church, Plentong.
Kursus Persediaan untuk Pemberkatan Perkahwinan di Gereja Katolik
(Bahasa Malaysia)
* Bagi pasangan yang ingin perkahwinannya diberkati di dalam Gereja Katolik
* Untuk mengikuti kursus ini, peserta mestilah pasangan yang yang sudah berkahwin mengikut adat-istiadat.
* Borang penyertaan boleh diambil dari Pejabat paroki ataupun dari Pengerusi/wakil BM di Gereja masing-masing.
Tarikh: 15hb – 16hb September, 2012
Tempat: Gereja St. Louis Kluang
Bayaran: RM170.00 satu pasangan
Tarikh Tutup: 2hb Ogos
Sebarang pertanyaan tentang kursus ini, sila hubungi :
Sr. Susan 013-6551614 /Sr. Evelin 013-3107259 / Sr. Jaslia 013-5510632
Seminar Rally Karismatik Diosis Melaka-Johor
Tema: "Peranan Roh Di Dalam Misi Penginjilan"
Tarikh: 08hb Sept, 2012 Masa: 8 pagi – 6 petang
Tempat: Dewan Besar, Majodi Centre, Plentong
Yuran: RM10.00 DEWASA
RM5.00 KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung: Sr. Jaslia 013-551063, Sr. Evelin 013-3107259, Sr. Susan 013-6551614.
PN. Germaine 016-7685740
Seminar Keluarga II Keuskupan Melaka-Johor
Tempat: Domus Shalom, Majodi, Johor
Tarikh: 26hb - 27hb Oktober, 2012
Yuran: RM65 seorang (sebelum 30/9/12)
RM75 seorang (selepas 30/9/12)
Tarikh Tutup: 15hb Oktober, 2012
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Sr. Jaslia 013-551063, Sr. Evelin 013-3107259, Sr. Susan 013-6551614.
Pastoral Institute Special Event:
Partners’ Banquet: “A New Dawn of Faith”
MJD Pastoral Institute will host a Fundraising Luncheon:
Date: Mon 17 Sept from 12 noon to 2:30 pm
Venue: Restoran Pekin Johor Jaya
Tickets: RM100 / person
Contact the following persons for more details, John Ng @ 012-704 0948, James Ng @ 019-735 0303 & Lucy Koh @ 017-778 0300
No comments:
Post a Comment